Thursday, 12 April 2012
Wednesday, 11 April 2012
Sejarah SJK(T) LADANGKAMATCHY
SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG KAMATCHY
Bangunan awal sekolah ini telah didirikan pada tahun 1964,.Oleh sebab tidak
ada Sekolah Rendah Tamil dikawasan ini maka,Yang Berbahagia Dato,Seri
K.R.Sithambaram Pillay telah mengambil langkah untuk mendirikan sebuah sekolah
di ladang ini.
Beliau dan juga sekumpulan pekerja berusaha untuk mendirikan sebuah
sekolah Tamil.Usaha ini dimulakan pada tahun 1964.Namun pada tahun 1966,barulah
sekolah Ladang Kamatchy ini dapat beroperasi sepenuhnya.Beliau telah merasmikan
bangunan baru ini pada 10 November 1966 .Yang Berbahagia Dato,Seri
K.R.Sithambaram Pillay juga telah dilantik sebagai Ketua Pengurus Lembaga
Sekolah ini.Sekolah ini diberi nama sempena nama isterinya iaitu Datin Seri
Kamatchy.
Guru Besar yang pertama di
sekolah ini ialah En.K.Kannaih.Beliau dibantu oleh seorang guru bahasa Tamil
iaitu En.S.Subramaniam.Pada 1.5.1966 guru bahasa tersebut iaitu En.Balachandran
diganti oleh seorang guru bahasa iaitu En.Perumal.Kemudian beliau diberhentikan
dari jawatan pada 30.6.1966 dan Cik.S.Karunambighai dilantik sebagai guru
sementara untuk mengajar bahasa Tamil.
Pada
1.1.1967,Guru Besar En.K.Kannaih telah ditukarkan dan En.S.Jayaraman mengambil
alih jawatan guru besar.Pada tahun 1967 bilangan murid adalah seramai 64
orang.En.M.Narayanasamy dilantik sebagai guru sementara Tamil dan
En.R.Manogaran dilantik sebagai guru bahasa sementara mulai tahun 1968.Kemudian
En.Govindasamy menggantikan tempatnya.Diikuti pula oleh En.N.Krishnan pada
tahun 1969 bagi mata pelajaran Bahasa Tamil dan Cik Sabriah binti Mohd.Hassan.
Pada tahun 1976 bilangan murid
telah bertambah dan sekolah menghadapi masalah kekurangan bilik darjah.Pada
masa ini tuan pemilik Ladang Kamatchy iaitu Yang Berbahagia Dato,Seri
K.R.Sithambaram Pillay telah bermurah hati dan mendermakan sebanyak 3 ekar tanah
dari ladangnya kepada kerajaan supaya bangunan Blok baru dapat didirikan
Sekolah ini juga mencapai status sekolah bantuan kerajaan.
Kerajaan
telah mendirikan sebuah bangunan Blok baru yang terdiri dari 2 buah bilik
darjah,sebuah pejabat (Guru Besar),dua buah tandas,sebuah pusat sumber dan
sebuah bilik setor.Bangunan baru ini telah siap dibina pada 14.12.1976.Pada
hari yang sama En.Manar Affendi Bin Haji Sham,Penolong Pegawai Pembangunan dari
Jabatan Pendidikan Perak,disertai dengan En.Leong Chee Loon, Pegawai Teknik Am
dari Jabatan Kerja Raya membuat lawatan serta untuk menyerahkan kunci bangunan
baru ini.
Pada akhir
tahun 1980,En.R.Ramakrishnan dan En.D.Govindasamy ditukarkan dari sini dan
diganti oleh En.K.Nallamuthu,En.M.Letchumanan dan untuk Bahasa Inggeris Cik
Harjit Kaur,kemudian Puan.Sakuntala mengambil alih tempat beliau.
Pada 4 .1.1983 Guru
Besar digantikan oleh En.Subramaniam a/l Ponniah yang berasal dari SJK (T)
Ladang Kati Kuala Kangsar mulai dari 15.1.1983.Pada
10.1.1983,En.V.Malaiyarasan seorang guru sementara untuk bahasa Tamil dilantik
diikuti dengan En.S.Udayasuria,Cik.Vijayaletchumy,En.V.Vengidasan,dan
Cik.R.Jayaletchumy.
Pada
15.2.1994 En.Durairaju a/l Karuppiah, PJK.PPT ,telah ditukarkan ke sekolah ini
sebagai Guru Besar dan En.P.Subramaniam pula ditukarkan ke SJK(T) Ladang Sungai
Samak,Ulu Bernam.Dibawah pentadbiran En.K.Durairaju PJK.PPT terdapat 9 orang
guru dan seorang pekerja Am .
Setelah En.K.Durairaju PJK.PPT
mengambil alih tugas sebagai Guru Besar di sekolah ini beliau telah berusaha
untuk mendirikan 3 buah bilik darjah yang baru pada tahun 1996 dan sebuah dewan
pada tahun 1999.
Subscribe to:
Comments (Atom)